67.75 F
Indonesia
Juli 3, 2025
http://regalianews.com

Cubaan Seludup 3,500 Liter Diesel Subsidi Gagal di Sempadan Bukit Kayu Hitam

AKPS dan JPJ menahan lori jenis pole trailer yang digunakan untuk menyeludup 3,500 liter diesel ke negara jiran melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam. - Foto ihsan AKPS.
AKPS dan JPJ menahan lori jenis pole trailer yang digunakan untuk menyeludup 3,500 liter diesel ke negara jiran melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam. - Foto ihsan AKPS.

Regala News — Cubaan menyeludup kira-kira 3,500 liter diesel bersubsidi ke negara jiran digagalkan dalam satu operasi bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, semalam.

Dalam pemeriksaan sekitar jam 8 pagi, pasukan penguat kuasa mengesan sebuah lori jenis pole trailer yang telah diubah suai secara haram untuk tujuan penyeludupan bahan api.

Hasil pemeriksaan lanjut menemui sebuah tangki tambahan tersembunyi di bahagian bawah lori tersebut, diisi penuh dengan diesel yang dianggarkan bernilai RM90,000.

Lori terbabit telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran, serta Seksyen 64(1) akta sama yang memperuntukkan kuasa menyita kenderaan.

Menurut kenyataan AKPS, rampasan ini mencerminkan komitmen berterusan pihaknya bersama agensi penguatkuasaan lain dalam mempertahankan sempadan negara daripada sebarang aktiviti haram.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba memperdaya pihak berkuasa demi mengaut keuntungan secara haram dan menyalahi undang-undang,” tegas kenyataan itu.

Editor:Abdullah

Sumber:bhnews@bh.com.my

Related posts

Leave a Comment

http://regalianews.com

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More