Pembelajaran Sejarah Perjuangan Parti Komunis di Tanah Melayu

Opini

Agak hairan, kenapa dalam abad 21 ini atau zaman milenium. Fikiran orang Malaysia masih sempit? Khasnya orang politik.

  1. Khabarnya aduan polis dan ada yang mempertikaikan akan perihal sejarah Pergerakan Parti Komunis Malaya tertulis dalam buku sejarah di Sekolah. Di mana masalahnya?. Tidak ada pun dalam buku itu ada memperagungkan Parti Komunis Malaya.
  2. Hanya satu kisah yang berlaku hampir 80 tahun yang lalu. Generasi muda dan penerus sewajar di berikan ilmu sejarah, supaya mesti tahu perjalanan sejarah bangsa dan penubuhan negara bangsa. Bukan di sembunyikan dan dilarikan fakta bagaimana Malaya merdeka.
  3. Pergerakan Komunis di Tanah Melayu diberi kebenaran oleh British dalam penubuhannya. Tujuan Bristih ialah bagi saimbangkan orang-orang Cina di Tanah Melayu dengan Pergerakan Komunis di Tanah Besar China. Di mana British ada kepentingan di China khasnya di Hongkong, Canton dan Shanghai.

5.Bagi menunjukkan kepada China bahawa British tidak akan memberikan sokongan dengan pemimpin Formosa bernama Sun Yat Sen yang sekarang di kenali dengan nama Taiwan. Malah Sun Yat Sen pernah ke Tanah Melayu dan tugu peringatan masih kekal di Kuala Pilah sampai sekarang.

  1. Pergerakan Komunis di Malaya hanya bertukar arah apabila Malaya telah takluk oleh Jepun. Pergerakan itu memainkan peranan dengan berbagai organisasi melawan Jepun termasuk terlibat dalam perang gerila. Pihak British memberikan bantuan senjata dan latihan. Berkesudahan Chin Peng selaku Setiausaha Agung di berikan Pingat ‘Order Briitish Emfire’ atas sedikit daripada Member British Emfire atau hari ini setaraf KMN oleh British. Kerana mengenang jasanya.
  2. Hanya catatan Sejarah. salepas perang dalam soal gulongan radikal kiri dalam perjuangan Kemerdekaan Malaya. Saki baki yang bergabung dalam berbagai organasasi bawah tanah melawan Jepun, sebahagian berpaling tadah dengan British. Apa yang berlaku? Pihak serpihan PKM dalam perang gerila melawan Jepun telah menyerang tali barut Jepun, tak kira dia Melayu atau Cina.
  3. Pergaduhan kaum telah berlaku di berapa tempat di Tanah Melayu digunaka pakai sebagai ‘perang 14hari’ oleh orang Melayu tempoh pemberontakan anggota PKM sebelum Kerajaan BMA yang menyaksikan Malaya di jajah kali keduanya. Ini yang menyebabkan Parti Komunis Malaya menjadi aktif semula dengan dimulakan darurat di istiharkan dan British berkuasa semula di Tanah Melayu.
  4. Dan Parti Komunis Malaya bergabung pula dengan saki baki pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau Pekemam yang berhaluan kiri apa bila British hendak menangkap pemimpin mereka.
  5. Akhirnya mereka bergerila di Hutan. Pada asal hendak melawan British yang hendak menangkap mereka dan kemudian bertukar melawan Imperialis penjajah dan diterjemahkan dalam propaganda British sebagai ‘Pengganas’.
  6. Apa pun di katakan Pergerakan Komunis di Tanah Melayu telah memberikan tekanan kepada British. Idea Malayan Union di reka dan gubah bersesuaian dengan budaya dan Tradisi orang Melayu.. Raja mereka jangan di usik. Maka idea Malayan Union di rancang oleh British telah menyelamatkan pergolakan politik di Tanah Melayu antara fahaman Komunis dan Feudal dan Kapital Imperialisma.

Oleh sebab itu, jangan melatah tanpa sebab ,Anak bangsa mesti Dididik apa yang dipanggil ‘pemikiran sejarah’ sekian.

Sang Kelembai
Febuari 25, 2021
Kuala Lumpur.

Related posts

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

UA - 174246026 - 1