45.82 F
Kepualauan Riau
April 19, 2024
https://www.regalianews.com

Wanita Indonesia Ditemui Meninggal Saat Melahirkan di Pondok

Manca Negara

Regalia News : Seorang wanita Warga Negara Indonesia ditemui meninggal dunia selepas melahirkan anak di dalam sebuah pondok dekat Jalan Parit, Kampung Piandang. Oktober 12, 2020)

Korban Tersebut, Yanti Abas berusia 35 tahun ditemui tidak bernyawa di pondok berkenaan di sisi anak lelakinya yang masih bernyawa.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata Balai Polis Pusing menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian itu pada jam 6.30 petang semalam.

Ketua Balai Polis dan pasukannya bergegas ke lokasi kejadian pada jam 6.45 petang untuk membuat siasatan yang kemudian menemui seorang bayi lelaki masih hidup atas pangkin di sisi mayat seorang wanita.”ketika polis tiba di pondok itu, mayat wanita itu ditutup dengan sehelai kain dan bayi lelaki yang dipercayai dilahirkannya dalam keadaan dipotong tali pusat dan uri.

“Dipercayai ada orang lain yang bersama wanita terbabit melahirkan bayinya dan polis masih mengesan individu atau saksi untuk soal siasat bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, hasil siasatan pasukan forensik juga tidak mengesan sebarang unsur perlakuan jenayah di lokasi kejadian dan pada tubuh wanita berkenaan.

Katanya, mayat wanita itu ditemui dalam keadaan berselimut dan dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh lima jam.

Katanya Lagi, mayat wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah lebih lanjut,siasatan dilakukan bagi mengetahui punca kematian.

“Pemeriksaan saringan COVID-19 yang dijalankan ke atas mangsa diperoleh dan bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik HRPB pada hari esok selepas keputusan ujian swab COVID-19 diperoleh.

“Dipercayai korban sudah meninggal dunia semasa dalam proses melahirkan bayi lelaki berkenaan di lokasi tersebut.”bayi yang dijumpai di tempat tersebut masih hidup dan diserahkan kepada pihak Hospital Batu Gajah untuk pemeriksaan lebih lanjut,” katanya.

Katanya, kedutaan Indonesia dan Polis Antarabangsa (INTERPOL) turut dimaklumkan mengenai kejadian tersebut untuk tujuan dibawa balik ke negara asal bagi urusan pengebumian.

Penulis : Balqis Jazimah Zahari  bhnews@bh.com.my

Editor : Abdullah

Baca Disini

Leave a Comment

Leave a review

https://www.regalianews.com
Regalia News
regalianews.com UA-174246026-1